Sunday, December 18, 2011

PERIHAL AIR MATA

Berkisarkan air mata.
Assalamualaikum buat semua pembaca blog aku yang memang sudi nak bacala.Malam ni bukan aku nak tangkap lentok jiwang dengan buat entry berkisarkan air mata.Tetapi,buat aku tertarik dengan tajuk air mata pasal aku ada baca novel Doktor Cinta yang membuatkan airmata beserta hingus aku meleleh secara berduet(Bagi yang nak termuntah sila ready ke tandas)hehe

Bagi yang tak tahu apa itu AIR MATA,

Air mata adalah kelenjar yang diproduksi oleh proses lakrimasi untuk membersihkan mata. Kata lakrimasi juga dapat digunakan merujuk pada menangis. Emosi yang kuat juga dapat menyebabkan menangis, walaupun kembanyakan mamalia darat memiliki sistem lakrimasi untuk membiarkan mata mereka basah, manusia adalah mamalia satu-satunya yang memiliki emosi air mata

ok?dah faham serba sikit?


Personally,bagi aku.Air mata adalah suatu yang sangat subjektif.Dimana kita mengeksprisasikan perasaan kita terhadap sesuatu perkara.

Ok then.ada yang cakap.Apabila wanita mengalirkan air mata.Seseorang itu akan kelihatan lemah?Is it true my dear?Sebenarnya air mata tidak semestinya melambangkan seseorang itu sedang berduka,berada dalam situasi kekalahan ataupun sedang dilanda musibah.
Akan tetapi,kadangkala air mata itu tersimpan seribu satu macam episode dalam kehidupan kita.Kita juga akan menangis bila peroleh kejayaan,kita akan mengalirkan air mata tanda kesyukuran.Kita juga akan mengalirkan air mata jika berhadapan dengan situasi yang sangat menggembirakan,

So,bagi sesiapa yang rasa bila dia menangis tu,tak kelihatan macho la.nampak nyah la.Hello!Sebenarnya kita sedang mengajar diri kita menjadi seorang yang kuat okay?Korang tahu kenapa,Sebab kalau kita menangis,kita dapat melepaskan bebanan dengan tangisan tersebut(Tapi,atas orang jugak la)

Kadang-kadang,ada orang yang dapat mengurangkan bebanan dengan terlolong melalak,ada juga yang dapat release tension dia orang dengan pergi melukis ke apa.Tapi,yang paling mujarab untuk mengurangkan tekanan.

Ruang Nasihat")

1.Ambil wudhu'.tenangkan diri dan istghfar okay.
2.Baca alquran dan berdoa agar hati sentiasa mendapat ketenangan.
3.Jangan lupa tunaikan solat.
4.Belajar untuk menjadi meminta maaf dan memaafkan orang lain.

okay,malam semakin larut.aku makin ngantuk.tulisan dah jadi kontot.jumpa korang lain kali kot.Bye!

No comments:

Post a Comment

(~)

PENGALAMAN BERSALIN SECARA NORMAL

Assalamualaikum rakyat jelata, Alhamdulillah lepas hampir setahun lebih tak update blog, hari ni baru ada peluang untuk share pengalaman b...