Sunday, February 17, 2019

PENGALAMAN SCAN 3D 4D + DETAIL

Assalamualaikum and happy weekend semua. Kemain wish happy weekend padahal esok da mula rutin kerja balik. Kandungan alhamdulillah dah masuk 36 weeks bersamaan 9 Bulan. Kalau ikut pendapat orang ramai, 36 weeks tu satu tempoh yang cukup matang untuk baby keluar. Maksudnya bukan fasa pre-mature birth. Alhamdulillah.

Pada 22 minggu kandungan, saya dan husband decide untuk buat scan detail bayi. Tipu kalau tak ada perasaan risau tambah tambah first time nak jadi ibu ayah, mesti kita nak tau perkembangan bayi, dan yang penting jantina bayi sebab nak buat persiapan kan. Selepas buat survey dengan parents yang berpengalaman, ramai yang syorkan scan dengan Sonovision
(Link Facebook : https://www.facebook.com/3d4d5d6dScanMalaysia/ )

Salah satu sebab disyorkan adalah dibawah Sonovision ni banyak pilihan klinik swasta/ hospital swasta yang menawarkan khidmat sonographi ni. Harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan selain sonographer sangatlah peramah, penyabar dan mesra alam dengan kandungan kita. Sonovision siap buat guarantee service yang mana for 22 weeks pregnancy and above, kalau gender bayi yang predict salah, boleh REFUND . Kalau masa scan tak nampak jantina dan muka baby, perkhidmatan yang ditawarkan adalah secara PERCUMA. Best kan ?

Tapi sebolehnya kita nak dapatkan hasil yang memuaskan ketika sesi dijalankan, sebab tu sonographer yang terlatih ni berusaha untuk memuaskan hati pelanggan. Pengalaman saya dan suami buat appointment di Hospital Umra Shah Alam Seksyen 13. Yang penting, buat appointment dulu ya mengikut jadual sonographer yang bakal ibu ayah mahukan. One of the famous sonographer is Ms Jezzlyn berdasarkan review yang dibaca kat Facebook. Tapi time pergi scan hari tu Ms Jezzlyn kebetulan tak ada, replace by others but still the service given were the best. Baby malu malu nak tunjuk muka tapi hasil pujuk memujuk alhamdulillah nampak juga wajah anak mama ni.

Selain itu , minggu 20 - 24 adalah tempoh terbaik untuk buat scan secara detail. Scan detail ni bermaksud sonographer membantu kita dalam proses tengok kesihatan bayi . Cukup sifat tak, organ berfungsi dengan baik dan sebagainya. Harga yang dikenakan untuk Scan Detail + 3D 4D Scan = RM 190. Berbaloi kan ?

Di Hospital Umra, servis yang diberikan sangatlah cepat dan memuaskan. Persekitaran pula sangat selesa dan kondusif. Sangat disarankan kepada bakal ibu ayah diluar sana. Diharap review dari saya membantu buat anda semua. Kat bawah ni saya attached sekali gambar time pergi scan hari tu, and doakan yang jantina yang discan betul la ya bila beranak nanti, barang semua da beli ikut jantina ni hehe .

 
Hospital Umra. Seksyen 13 Shah Alam Selangor
 
 
Rasanya masing-masing dapat teka apa dalam gambar tu hehe. Its a boy. InshaAllah doakan ya

 
Mama cant wait to meet you sayang !
 
 
Muka tak puas hati kena usik time tidur hehe. Boleh tahan kuat tido ya
 
 
Minta doakan keselamatan kami ya semua. Terima kasih :)
 


No comments:

Post a Comment

(~)

PENGALAMAN BERSALIN SECARA NORMAL

Assalamualaikum rakyat jelata, Alhamdulillah lepas hampir setahun lebih tak update blog, hari ni baru ada peluang untuk share pengalaman b...