Friday, October 12, 2018

PENGALAMAN PHOTOSHOOT (NEWBIE MODEL)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni cikkiah nak berkongsi pengalaman menjadi talent atau nak nama up sikit newbie model haha. Kisah ini lebih kurang tahun 2013 hingga 2015 dimana masa ni cikkiah baru mulakan kehidupan sebagai student di UiTM Shah Alam. Senang dikatakan peluang area shah alam lebih meluas berbanding kawasan lain sebab butik butik hot pon mostly banyak area Seksyen 7 Shah Alam, and ofcourse dimana ada butik disitu lah ada banyak studio photography. 

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang modelling , benda paling penting adalah minat dan pandai pose . Cikkiah suka usha instagram Adiela Ridzuan, time tu memang idola la sis Adiela ni sebab memang dikenali dengan model famous and low profile. Suara pon comel aje. Ok berbalik pada ig Adiela, beliau banyak post cara posing yang betul and dengan pantas dan kelihatan cantik. Semestinya model kena tahu banyak pose untuk menyenangkan kerja photographer nanti, tak perlu nak buang masa time shoot nak ajar model pose kan. Sebab kalau tengok professional memang tak perlu diajar la, dengan naturalnya body dorang terus react dengan bunyi klik kamera.

Tahun 2013, zaman tu Instagram pon tak meluas lagi so kami golongan talent banyak menggunakan medium Facebook untuk cari lubang lubang win-win photoshoot. Win-win shoot ni sebenarnya win-win situation antara talent, client and photographer. Ketiga-tiga pihak ni dengan rela hati memberikan khidmat masing-masing untuk mempromosikan diri dan menambah pengalaman. Bagi talent, amatlah penting untuk mempunyai compcard sebagai pengenalan diri untuk mencari job. Dalam comcard tu la digabungkan pengenalan diri kita secara detail tetapi kemas, dan juga gambar kita. 

Macam cikkiah dulu ada menyertai agensi modelling yang membantu talent untuk studio photoshoot dan juga pihak agensi yang hasilkan compcard. Oh berbalik pada medium Facebook tadi, adik-adik boleh la join group Muslimah Modeling atau mana mana group yang dipercayai untuk mencari ruang dan peluang. Dan jangan rasa bosan untuk terus berwin-win photoshoot bersama photographer, mua and client. Sebab itu adalah pengalaman yang boleh ditambah dalam portfolio kita. 

Cikkiah juga percaya yang sekarang rata-rata remaja dah pandai make up sendiri. Model atau talent yang pandai make up akan memudahkan urusan client , mungkin boleh menjimatkan cost untuk hire MUA. Yang penting, bak kata Dato Seri Siti Nurhaliza, attitude kena jaga haha dah macam retis kau. No its actually attitude kita akan menyumbang pada karier kita. Kalau datang shoot lambat, tak ke nanti menjejaskan semua pihak.

Dalam masa yang sama, untuk mempromosikan diri dalam group Modeling pon, ada adab-adabnya. Adabnya adalah sila sertakan compcard anda, jangan post gambar selfie duckface hehe . Kalau tak ada compcard mungkin cara lain adalah post gambar yang nampak keseluruhan badan anda, gambar yang nampak keseluruhan wajah anda. Itu akan membantu pihak klien dalam mencari model/talent yang sesuai.

Cikkiah sertakan sekali gambar cikkiah masa photoshoot dengan ByCottonTales (HijabSeries). Photoshoot ni adalah win-win situation tapi photographer baik haha ada jugak rezeki payment untuk cikkiah. Owner boutique pon seorang yang membantu talent macam cikkiah ni dengan memberi peluang dan tunjuk ajar. 








Terima kasih atas peluang yang diberikan. Elok perangai dulu time study asyik pergi photoshoot alhamdulillah selamat jugak konvo and bekerja sekarang. So All the best adik-adik study jangan tinggal pulak ilmu penting tu hehe ok bye.


No comments:

Post a Comment

(~)

PENGALAMAN BERSALIN SECARA NORMAL

Assalamualaikum rakyat jelata, Alhamdulillah lepas hampir setahun lebih tak update blog, hari ni baru ada peluang untuk share pengalaman b...