ASSALAMUALAIKUM
Its 2018 guys. Hampir 5 tahun dari post lama cik kiah, and alhamdulillah Allah masih panjangkan usia. In the past few years, cikkiah yakin semua orang ada kisah tersendiri. Tempoh yang terlalu lama untuk seseorang menjadi "FROM ZERO TO HERO" or maybe "FROM HERO TO SUPERHERO". Of course we need onlypositive vibes in our life right ?
2014, satu tempoh cikkiah di universiti. Menuntut ilmu untuk mengejar cita-cita. Di universiti, mengajar cikkiah banyak erti kehidupan. Kehidupan yang mungkin berbeza pengalaman ketika persekolahan. Di universiti, semua orang ada impian dan target yang sama, dimana untuk membahagiakan ibu bapa dengan menggenggam kejayaan. Pasti adik adik diluar sana yang sedang menduduki ujian, berkobar-kobar untuk masuk universiti. Sebab kehidupan kini berbeza, semua orang berlumba-lumba untuk mempunyai kelulusan, diterima bekerja untuk meneruskan kehidupan. Dan ibu bapa kini semakin celik dengan pentingnya ilmu pengetahuan, senang dikatakan bahawa pelajar sekarang semakin pandai, yang membuatkan persaingan untuk ke universiti semakin sengit.
Apa pun adik-adik, gagal masuk ke universiti bukan bermaksud anda gagal seumur hidup. Kita masih banyak peluang belajar. Kolej-kolek kemahiran, kolej swasta juga mempunyai sistem pendidikan yang bagus. Yang penting minat yang mendalam terhadap ilmu, tidak berputus asa dan sentiasa bersangka baik kepada Allah. Benar, ada yang mengatakan tak perlu ilmu untuk jadi kaya. Tapi, orang yang kaya dan berilmu lebih dipandang mulia.
Kadang-kadang kita tak tau apa minat kita, apa bakat kita. Sama dengan cikkiah, tak dapat kenalpasti apa bakat dan minat untuk teruskan cita-cita. Cuma apa yang cikkiah pasti, cikkiah perlukan pekerjaan untuk teruskan kehidupan. Jika bercakap tentang minat, mestilah minat menjurus kearah fesyen muslimah, yang ketika itu sangat top dengan fesyen Hana Tajima. Akan tetapi, persaingan dalam bidang tu memerlukan bakat dan juga tahap populariti yang tinggi haha. Jadi yang terbaik adalah cuba minat dan pupuk cinta terhadap bidang yang akan membuka ruang cikkiah ke alam pekerjaan.
Bagi adik-adik lepasan SPM atau STPM yang memohon UPU untuk kemasukan universiti, perkara yang paling penting adalah minta kos atau bidang berdasarkan keputusan peperiksaan. Betul, cikkiah setuju kita perlu minat bidang tersebut baru boleh cemerlang. Akan tetapi jika keputusan kurang memberangsangkan, dan adik-adik telah merujuk penasihat semasa program Jom Masuk U, jika itu bukan yang terbaik, lepaskanlah bidang tersebut dan buat pilihan lain. Pilihan berdasarkan keputusan dan demand pekerjaan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Selebihnya berserah kepada Allah.
No comments:
Post a Comment
(~)