Jumaat lepas 22/2/2019, ada appointment untuk minum air gula dengan klinik kesihatan. It was unexpected sebabnya masa awal pregnancy umur baru 24 tahun, and sejarah family tak ada yang kencing manis. And masa tu happy sangat sebab terselamat dari minum air gula hahaha. Tapi betul la pepatah melayu mengatakan , kusangka panas hingga kepetang, rupanya hujan di tengahari. Ceh berpujangga.
Masa kandungan 36 weeks, Dr inform berat baby dah 3kg. Masa ni memang terkejut sangat sebab ramai cakap perut kecik, baby mesti tak besar sangat. And dalam masa sama lega sebab fikir okay nanti nak bersalin baby just nice 3kg. Rupanya mama makan banyak ya sayang, eh taklah baby yang nak makan, mama tolong salurkan ke dalam perut je hehe. So ibu-ibu diluar sana, jaga pemakanan dan jangan ikut nafsu ya.
Pada yang mungkin tak tahu fungsi minum air gula atau MGGT (Modified Glucose Tolerance Test) wajib untuk ibu hamil yang berisiko ada kencing manis dan satu prosedur untuk mengesan diabetes gestasi. Wanita hamil yang WAJIB mengambil ujian ini adalah :
1. BMI melebihi 30 (Wanita yang dalam kategori Obesiti)
2. Wanita yang mempunyai sejarah diabetes gestasi
3. Wanita yang hamil bayi besar
4. Wanita yang sejarah keluarganya menghidap penyakit kencing manis
5. Wanita berumur 25 tahun keatas
6. Wanita yang mengalami keguguran dan yang bayi meninggal dalam kandungan.
PROSEDUR dari klinik kesihatan :
1. Dapatkan tarikh temujanji dari jururawat yang bertugas
2. Makanan terakhir hendaklah diambil sebelum pukul 12 malam. Anda hanya dibenarkan minum air kosong sehingga anda menjalani ujian di klinik.
3. MESTI berada di klinik pada jam dan tarikh temujanji diberi.
4.Sekiranya anda datang pada atau selepas dari jam temujanji yang ditetapkan, ujian tidak akan dijalankan dan anda akan diberi tarikh temujanji baru.
Ok mengikut pengalaman pada hari temujanji, temujanji yang ditetapkan pada pukul 7.30 pagi . So faham faham lah klinik kesihatan ni tak pernah orang tak ramai. Jadi, pastikan anda datang setengah jam awal ya. Serahkan buku pink pada nurse dikaunter. Pengalaman saya sendiri sampai pukul 7 dah dapat no yang ke-6. Malam sebelum ujian tu , dinasihatkan untuk puasa dari pukul 10 malam. Kosongkan perut anda ya. Nak minum air sikit sikit tu boleh.
Sebenarnya tips nak elak muntah bila minum air gula seeloknya perut tengah kosong. Kemudian datang awal sebab air gula tu baru siap dibancuh. Masih suam dan tak terlalu likat. Masa minum tu pun tekstur masih kelihatan macam air masak biasa. Sebelum minum, darah pertama akan diambil iaitu fasting blood sugar. Kemudian, nurse akan minta kita minum air gula tersebut (75gm glukosa dan 250ml air). Maaf tak sempat nak snap gambar tapi boleh imagine standard gelas plastik yang kita pergi minum kat kedai makan/warung tu hehe.
(Kredit : Majalah PaMa)
Masa sebelum minum, selawat banyak banyak then tarik nafas panjang panjang. Then tutup hidung hehe. Lagi bagus kalau boleh minum dalam one shot jangan berhenti. Tapi masa minum hari tu tak mampu nak buat one shot, so tiga kali minum baru habis. And alhamdulillah tak muntah. Tapi control jugak la sebab nurse tunggu je depan tu nak tengok minum sampai habis ke tak. Biasa klinik kesihatan kerajaan sediakan yang tak berperisa, kosong dan suam. Tapi kalau pergi yang swasta kebanyakan berperisa. Ada oren ada ribena. Lepas minum air gula, kita diminta untuk berpuasa selama 2 jam. Nurse cuma benarkan untuk minum satu dua teguk air dan berkumur, untuk hilangkan rasa manis sangat, risau nanti muntah pulak. Selain itu, dinasihatkan jugak tak balik rumah. Mungkin risau keputusan nanti akan terjejas.
Selepas 2 jam, barulah darah kali ke dua diambil. Keputusan biasanya akan dapat petang atau keesokan harinya selepas ujian. Means next check up baru kita dapat keputusan ujian tu. Kita sama sama doakan ya semua ibu hamil bebas dari diabetes gestasi. InshaaAllah.
No comments:
Post a Comment
(~)