Tuesday, July 28, 2020

PENGALAMAN BERSALIN SECARA NORMAL

Assalamualaikum rakyat jelata,

Alhamdulillah lepas hampir setahun lebih tak update blog, hari ni baru ada peluang untuk share pengalaman bersalin, and alhamdulillah sangat sangat sebab diberi peluang untuk bersalin secara normal. Tapi lepas tengok pengalaman orang lain kat hospital tu , benarlah yang bersalin normal atau caeser dua dua tak mudah and ada risiko . Salute to all moms out there !

Ok kisah bermula pada 12/3/2019 jam 6 am , masa ni bangun pagi katil basah macam kencing and then tengok  ada air bercampur darah keluar sikit. Masa ni perasaan dia yes its the time to meet you Khalif. Husband masa ni tak gelabah apa cuma senyum meleret sebab excited nak jumpa baby. Tapi perasaan sendiri sebenarnya takut dan gembira bercampur dalam satu masa sebab this is the first experience.

I went to Hospital Serdang as it located near my house and yang paling penting sebab hospital ni benarkan suami masuk sekali. Cuma mungkin rezeki saya masa tu , we saw on board "Maaf, tiada kekosongan katil buat sementara waktu and 35 orang yang tak ada katil.". Masa ni hanya redha and doakan dipermudahkan. Bila Dr check bukaan, masa tu baru 1 cm and yang membimbangkan sebab air ketuban leaking. So kena warded dengan memakai baju seragam pink gittewww.

Kisahnya sebab tak cukup katil , so kami yang geng baju pink seramai 35 orang ni duduk kat sofa layan contraction and tunggu bukaan. Nak tunggu 10cm dari 1 cm tu ya Allah sangatlah menyakitkan dengan kontraksi yang makin lama makin kerap. Bila check apps contraction timer pukul 12 tengahari tu da setiap 5 minit . Sepatotnya bukaan makin besar, tapi sebab kes takut nak gi seluk ngan Dr, tahankan jugak contraction tu dengan zikir banyak banyak. Cara nak kurangkan sakit contraction , Doa Nabi Yunus :

 " Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin"
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Almost 24 hours jugak, tahan sakit contraction and pukul 6.45am dah rasa sakit sangat macam nak berak. Masa ni gagahkan diri pergi check bukaan dengan Dr and surprisingly Dr inform dah 6-7cm . Masa tu da rasa baby push nak keluar dari perut and da start gelabah minta Dr panggilkan husband. Saya nak dia ada ahaks berdrama betul. Alhamdulillah 7.10AM selamat keluar seorang bayi lelaki seberat 3.06kg. Its the best feeling ever when we become a mom. Alhamdulillah syukur.


Muhammad Khalif Zahrain Bin Muhammad Safiy
3.06KG | 7.10AM
13.03.2019

16 months ago. Mama da rindu bau fresh from oven baby ni. Semoga anak mama menjadi anak yang soleh ya sayang dan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilindungiNya. Aaamin. Semoga urusan ibu ibu diluar sana dipermudahkan untuk bersalin. 







Sunday, February 24, 2019

PENGALAMAN MINUM AIR GULA

Assalamualaikum semua and happy weekend. Hari Ahad adalah hari terbaik untuk update blog, sebab Ahad adalah hari untuk bermalas-malasan kat rumah and kasi chance dekat husband layan PUBG and Dota. Sementara baby belum keluar lagi , main puas-puas la ye abang heheh.

Jumaat lepas 22/2/2019, ada appointment untuk minum air gula dengan klinik kesihatan. It was unexpected sebabnya masa awal pregnancy umur baru 24 tahun, and sejarah family tak ada yang kencing manis. And masa tu happy sangat sebab terselamat dari minum air gula hahaha. Tapi betul la pepatah melayu mengatakan , kusangka panas hingga kepetang, rupanya hujan di tengahari. Ceh berpujangga.

Masa kandungan 36 weeks, Dr inform berat baby dah 3kg. Masa ni memang terkejut sangat sebab ramai cakap perut kecik, baby mesti tak besar sangat. And dalam masa sama lega sebab fikir okay nanti nak bersalin baby just nice 3kg. Rupanya mama makan banyak ya sayang, eh taklah baby yang nak makan, mama tolong salurkan ke dalam perut je hehe. So ibu-ibu diluar sana, jaga pemakanan dan jangan ikut nafsu ya.

Pada yang mungkin tak tahu fungsi minum air gula atau MGGT (Modified Glucose Tolerance Test) wajib untuk ibu hamil yang berisiko ada kencing manis dan satu prosedur untuk mengesan diabetes gestasi. Wanita hamil yang WAJIB mengambil ujian ini adalah :

1. BMI melebihi 30 (Wanita yang dalam kategori Obesiti)
2. Wanita yang mempunyai sejarah diabetes gestasi
3. Wanita yang hamil bayi besar
4. Wanita yang sejarah keluarganya menghidap penyakit kencing manis
5. Wanita berumur 25 tahun keatas
6. Wanita yang mengalami keguguran dan yang bayi meninggal dalam kandungan.

PROSEDUR dari klinik kesihatan :

1. Dapatkan tarikh temujanji dari jururawat yang bertugas
2. Makanan terakhir hendaklah diambil sebelum pukul 12 malam. Anda hanya dibenarkan minum air kosong sehingga anda menjalani ujian di klinik.
3. MESTI berada di klinik pada jam dan tarikh temujanji diberi.
4.Sekiranya anda datang pada atau selepas dari jam temujanji yang ditetapkan, ujian tidak akan dijalankan dan anda akan diberi tarikh temujanji baru.

Ok mengikut pengalaman pada hari temujanji, temujanji yang ditetapkan pada pukul 7.30 pagi . So faham faham lah klinik kesihatan ni tak pernah orang tak ramai. Jadi, pastikan anda datang setengah jam awal ya. Serahkan buku pink pada nurse dikaunter. Pengalaman saya sendiri sampai pukul 7 dah dapat no yang ke-6. Malam sebelum ujian tu , dinasihatkan untuk puasa dari pukul 10 malam. Kosongkan perut anda ya. Nak minum air sikit sikit tu boleh.

Sebenarnya tips nak elak muntah bila minum air gula seeloknya perut tengah kosong. Kemudian datang awal sebab air gula tu baru siap dibancuh. Masih suam dan tak terlalu likat. Masa minum tu pun tekstur masih kelihatan macam air masak biasa. Sebelum minum, darah pertama akan diambil iaitu fasting blood sugar. Kemudian, nurse akan minta kita minum air gula tersebut (75gm glukosa dan 250ml air). Maaf tak sempat nak snap gambar tapi boleh imagine standard gelas plastik yang kita pergi minum kat kedai makan/warung tu hehe.

 
(Kredit : Majalah PaMa)
 
 

Masa sebelum minum, selawat banyak banyak then tarik nafas panjang panjang. Then tutup hidung hehe. Lagi bagus kalau boleh minum dalam one shot jangan berhenti. Tapi masa minum hari tu tak mampu nak buat one shot, so tiga kali minum baru habis. And alhamdulillah tak muntah. Tapi control jugak la sebab nurse tunggu je depan tu nak tengok minum sampai habis ke tak.

Biasa klinik kesihatan kerajaan sediakan yang tak berperisa, kosong dan suam. Tapi kalau pergi yang swasta kebanyakan berperisa. Ada oren ada ribena. Lepas minum air gula, kita diminta untuk berpuasa selama 2 jam. Nurse cuma benarkan untuk minum satu dua teguk air dan berkumur, untuk hilangkan rasa manis sangat, risau nanti muntah pulak. Selain itu, dinasihatkan jugak tak balik rumah. Mungkin risau keputusan nanti akan terjejas.

Selepas 2 jam, barulah darah kali ke dua diambil. Keputusan biasanya akan dapat petang atau keesokan harinya selepas ujian. Means next check up baru kita dapat keputusan ujian tu. Kita sama sama doakan ya semua ibu hamil bebas dari diabetes gestasi. InshaaAllah.




Sunday, February 17, 2019

PENGALAMAN SCAN 3D 4D + DETAIL

Assalamualaikum and happy weekend semua. Kemain wish happy weekend padahal esok da mula rutin kerja balik. Kandungan alhamdulillah dah masuk 36 weeks bersamaan 9 Bulan. Kalau ikut pendapat orang ramai, 36 weeks tu satu tempoh yang cukup matang untuk baby keluar. Maksudnya bukan fasa pre-mature birth. Alhamdulillah.

Pada 22 minggu kandungan, saya dan husband decide untuk buat scan detail bayi. Tipu kalau tak ada perasaan risau tambah tambah first time nak jadi ibu ayah, mesti kita nak tau perkembangan bayi, dan yang penting jantina bayi sebab nak buat persiapan kan. Selepas buat survey dengan parents yang berpengalaman, ramai yang syorkan scan dengan Sonovision
(Link Facebook : https://www.facebook.com/3d4d5d6dScanMalaysia/ )

Salah satu sebab disyorkan adalah dibawah Sonovision ni banyak pilihan klinik swasta/ hospital swasta yang menawarkan khidmat sonographi ni. Harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan selain sonographer sangatlah peramah, penyabar dan mesra alam dengan kandungan kita. Sonovision siap buat guarantee service yang mana for 22 weeks pregnancy and above, kalau gender bayi yang predict salah, boleh REFUND . Kalau masa scan tak nampak jantina dan muka baby, perkhidmatan yang ditawarkan adalah secara PERCUMA. Best kan ?

Tapi sebolehnya kita nak dapatkan hasil yang memuaskan ketika sesi dijalankan, sebab tu sonographer yang terlatih ni berusaha untuk memuaskan hati pelanggan. Pengalaman saya dan suami buat appointment di Hospital Umra Shah Alam Seksyen 13. Yang penting, buat appointment dulu ya mengikut jadual sonographer yang bakal ibu ayah mahukan. One of the famous sonographer is Ms Jezzlyn berdasarkan review yang dibaca kat Facebook. Tapi time pergi scan hari tu Ms Jezzlyn kebetulan tak ada, replace by others but still the service given were the best. Baby malu malu nak tunjuk muka tapi hasil pujuk memujuk alhamdulillah nampak juga wajah anak mama ni.

Selain itu , minggu 20 - 24 adalah tempoh terbaik untuk buat scan secara detail. Scan detail ni bermaksud sonographer membantu kita dalam proses tengok kesihatan bayi . Cukup sifat tak, organ berfungsi dengan baik dan sebagainya. Harga yang dikenakan untuk Scan Detail + 3D 4D Scan = RM 190. Berbaloi kan ?

Di Hospital Umra, servis yang diberikan sangatlah cepat dan memuaskan. Persekitaran pula sangat selesa dan kondusif. Sangat disarankan kepada bakal ibu ayah diluar sana. Diharap review dari saya membantu buat anda semua. Kat bawah ni saya attached sekali gambar time pergi scan hari tu, and doakan yang jantina yang discan betul la ya bila beranak nanti, barang semua da beli ikut jantina ni hehe .

 
Hospital Umra. Seksyen 13 Shah Alam Selangor
 
 
Rasanya masing-masing dapat teka apa dalam gambar tu hehe. Its a boy. InshaAllah doakan ya

 
Mama cant wait to meet you sayang !
 
 
Muka tak puas hati kena usik time tidur hehe. Boleh tahan kuat tido ya
 
 
Minta doakan keselamatan kami ya semua. Terima kasih :)
 


Wednesday, February 13, 2019

SENARAI SEMAK KEPERLUAN IBU DAN BAYI (FINAL COUNTDOWN)

Assalamualaikum semua. Aktif pulak update blog kali ni sebab sekarang based on office , kena kuarantin dari pergi site and meeting sebab dah sarat. Thank you so much my boss sebab memahami tapi dalam masa sama tersangatlah boring duduk office. Kalau masa tender banyak masuk tak menang tangan pulak , tapi kalau time leisure time memang honeymoon habis. Sekarang pon da cuci tangan dari handle project, memang mati kutu hmm boleh tahan makan gaji buta lahai haha.

So kalau anda semua masih ingat entry sebelum ni saya ada post berkaitan senarai semak persediaan menyambut orang baru , kan ? Ok so sekarang sebab da masuk 35 weeks alhamdulillah keperluan semua dah disediakan. Bila kira-kira jumlah perbelanjaan bukan sikit sikit ya nak menimang cahaya mata. Tapi inshaaAllah ada rezeki anak anak. Macam mana kita kumpul duit dan berjaya buat majlis perkahwinan, macam tu jugaklah kita rangka dan laksanakan keperluan untuk bayi kelak.

Kat bawah ni saya dah senaraikan semua keperluan , range harga dan jenama . Kalau tengok jumlah keseluruhan lebih kurang RM 4000, tapi semua tu kumpul sikit sikit memandangkan saya rakyat marhein, malu apa bosskur heheh.Cuma kalau boleh nak beli yang berkualiti terus sebab fikir nak pakai lama, mana tau ada rezeki anak-anak yang akan datang nanti , eh ? So mungkin persediaan masa tu dah berkurang sikit dari segi pengeluaran kos. Dan saya pasti , semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak anaknya. InshaaAllah amin.

Oh lupa nak share, di Malaysia ni kita banyak expo or fair yang melibatkan keperluan barangan bayi. Contohnya : 


22ND TCE Baby Expo | 06-08 APR. 2019 | Mid Valley Exhibition Centre


Yang ni memang kaw kaw sale hehe. Oh ya, bakal-bakal ibu boleh survey dulu di website  ( https://www.tcebaby.com.my/ ). Kat sini kita boleh rangka or plan bajet kita sebab semua harga dah dipaparkan

Yang lain boleh la usha di Facebook, sebab banyak Baby Fair yang dianjurkan di mall , ataupun survey di Giant or Tesco jugak. Harga memang berbaloi.

Nak senang lagi , LAZADA and SHOPEE kan ada hehe. 
Ok jom kita sama sama semak senarai ni : 








InshaaAllah next entry akan update tentang persediaan bag bayi dan keperluan ibu ya . Happy shopping !

Nota pena : Doakan urusan bersalin saya dipermudahkan ya, sihat ibu dan baby inshaaAllah .

  

Tuesday, February 12, 2019

MATERNITY PHOTOSHOOT

Assalamualaikum all . Wishing you a Happy Chinese New Year. May 2019 bring a lot of happiness and joy to us. Actually, given a week holiday was not enough for me, and now still in honeymoon mode while waiting for maternity leave in March soon. 35 weeks carrying baby in womb, made me realize that it wasn't easy to be a mom. I just hope everything went smooth and can hold my baby in my arm soon InshaaAllah Amin.

Straight to my point, actually my husband and I agreed to take maternity shoot together as the memory to album on. Thank God that I had husband that really sporting and understanding person. We photographed our memory in Pantai Senok, Kelantan where it might take 20km from Kota Bharu city area. If you love watching Korean Drama entitled Winter Sonata , this beach might be slightly resemble the scenery of Pulau Nami. With large amount of Rhu tree, these beach might catch your eyes with the amazing shot. 

Here I attached few photos photographed by Free Film (Photographer : Isey Lee)
You can check out his IG for more details ya












So, what are you waiting for ? Lets check out this Pantai Senok and create more memories here .

P/S : Safiy's or Zakiah's Junior ? Doakan ya 

Monday, October 15, 2018

CHECKLIST UNTUK BAKAL-BAKAL IBU

Assalamualaikum,

Makin hari makin aktif pulak cikkiah update entry. Maybe sebab banyak pengalaman dan jugak perkara untuk dikongsi, dan yang paling penting sebab cikkiah jadikan blog sebagai diari dan rujukan. Senang nak rujuk kalau ada perkara yang penting. Entry ni adalah untuk ibu-ibu hamil yang bakal menjadi ibu. Alhamdulillah ketika entry ni ditulis, usia kandungan cikkiah baru masuk 18 minggu. Doakan kesihatan kandungan cikkiah ya. Semoga sayang mama terus sihat dan kuat.

Penulisan cikkiah hari ni sedikit sebanyak dicedok dari entry Pn Damia Balqis (Link : http://damia-balqis.blogspot.com/) dan juga blog Anggun (Link : http://shafyleana.blogspot.com/) hehe kena kasi credit sebab cikkiah memang tak ada pengalaman dalam persiapan menyambut bayi. Ni pengalaman pertama. Jadi, jom kita tengok apa persiapan yang perlu dibuat.

Berdasarkan perbualan cikkiah bersama bakal bakal ibu, mostly persiapan dibuat 7-8 bulan usia kandungan. Tapi bergantung pada bajet ibu dan ayah bayi berkenaan, sebab bila disemak balik keperluan, semua memerlukan bajet untuk beli keperluan tersebut. Jadi terpulang pada hak masing masing untuk beli sikit sikit atau beli on one shot sekaligus terus. Persediaan juga bergantung pada keadaan ibu bayi berkenaan, tengok larat ke tak masa 7-8 bulan tu. Cikkiah dengar pengalaman orang time tu kaki dah bengkak and tak larat untuk banyak berjalan. Sedangkan cikkiah yang baru nak menjangkau 5 Bulan ni pon da selalu sakit belakang. Jalan sikit dah mengah hehe.

Ok jom semak apa keperluan yang perlu disediakan :


Keperluan Baby (Pakaian)
  1. Bakul pakaian 
  2. Baju siang (seluar pendek) 
  3. Baju malam (seluar panjang) 
  4. Rompers
  5.  Mitten & Booties 
  6. Topi 
  7. Baby Bip
  8. Barut 
  9. Bedung/Swaddle
Diapering
  1.  Napkin 
  2. Baby Pin
  3. Pampers 
  4. Wet tissue 
  5. Changing mat 
  6. Nappy liner 
  7. Bakul baju kotor
  8. Detergent khas cuci baju baby 
  9. Botol sembur air 

Baby Care & Grooming
  1. Tab mandi
  2. Baby bath
  3. Baby Shampoo 
  4. Baby Powder 
  5.  Baby lotion
  6. Tuala Mandi 
  7. Tuala Muka
  8. Minyak Telon 
  9. Vicks 
  10. Nappy rash cream 
  11. Methylated Spirit (alcohol swab) 
  12. Pengepit kuku 
  13. Sikat
  14. Gunting kecik
  15. Nasal Aspirator 
  16. Termometer 
  17. Toothbrush 
  18. Cotton bud
  19. Cotton ball
Barangan Breastfeeding
  1.  Botol susu 
  2. Puting 
  3. Berus pencuci botol 
  4. Penyepit botol 
  5. Sterilising tablet 
  6. Cecair pencuci botol 
  7. Breast pump set 
  8. Cooler bag set 
  9. Warmer 
  10. Milk storage 
  11. Nursing cover 
  12. Nursing Bra
  13. Nursing pad washable 
  14. Termos 
Keperluan Tidur Baby
  1. Set tilam 
  2. Comforter 
  3. Kelambu 
  4. Baby cot 
Barang Keperluan Selepas Bersalin
  1. Set bersalin
  2. Bengkung 
  3. Baju sejuk
  4. Tungku 
  5. Selipar 
  6. Kain batik 
  7. Maternity pad 
  8. Stokin
  9. Minyak urut 
Keperluan Lain
  1. Stroller
  2. Car seat 
  3. Baby carrier
  4. Diapers bag 
Beg Hospital
  1. Buku Pink - sentiasa dalam beg
  2. Kad pengenalan
  3. Telefon bimbit
  4. Charger
  5. Baju / T-shirt - 2 pasang
  6. Skirt - 1 pasang
  7. Tudung
  8. Stokin
  9. Bra / Seluar dalam - 2 pasang
  10. Tuala mandi 
  11. Berus gigi
  12. Serum
  13. Bedak
  14. Sikat
  15. Maternity pad
  16. Breast pad
  17. Baju sejuk
  18. Selipar
  19. Beg baju kotor
  20. Minyak angin
  21. Getah rambut
  22. Disposable panties - Done 1 set
  23. Cream stretch mark
Bakul Hospital
  1. Air selusuh. Mama dah buat
  2. Air zam zam
  3. Makanan / Minumam (biskut,roti,milo supaya tak lapar)
  4. Termos air panas
  5. Al-Quran
  6. Tisu
Beg Hospital Baby

  1. Pampers 
  2. Baju siang / malam
  3. Mitten / booties
  4. Bedung
  5. Barut
  6. Topi
  7. Tuala mandi bayi
  8. Baby wipes
  9. Baby bath
  10. Baby shampoo
  11. Baby lotion
  12. Baby powder
  13. Minyak telon
  14. Vicks
  15. Nappy cream
Fuhh nak copy pon banyak inikan nak taip hehe. So inilah senarai semak yang bakal ibu kena take note dan yang paling penting, cikkiah pon kena google sebab ada beberapa perkara and barang yang cikkiah taktau hehe. Next entry inshaaAllah akan update lokasi kedai yang selalu ibu ibu ni singgah and serbu. 

Stay tuned .


Friday, October 12, 2018

PENGALAMAN PHOTOSHOOT (NEWBIE MODEL)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni cikkiah nak berkongsi pengalaman menjadi talent atau nak nama up sikit newbie model haha. Kisah ini lebih kurang tahun 2013 hingga 2015 dimana masa ni cikkiah baru mulakan kehidupan sebagai student di UiTM Shah Alam. Senang dikatakan peluang area shah alam lebih meluas berbanding kawasan lain sebab butik butik hot pon mostly banyak area Seksyen 7 Shah Alam, and ofcourse dimana ada butik disitu lah ada banyak studio photography. 

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang modelling , benda paling penting adalah minat dan pandai pose . Cikkiah suka usha instagram Adiela Ridzuan, time tu memang idola la sis Adiela ni sebab memang dikenali dengan model famous and low profile. Suara pon comel aje. Ok berbalik pada ig Adiela, beliau banyak post cara posing yang betul and dengan pantas dan kelihatan cantik. Semestinya model kena tahu banyak pose untuk menyenangkan kerja photographer nanti, tak perlu nak buang masa time shoot nak ajar model pose kan. Sebab kalau tengok professional memang tak perlu diajar la, dengan naturalnya body dorang terus react dengan bunyi klik kamera.

Tahun 2013, zaman tu Instagram pon tak meluas lagi so kami golongan talent banyak menggunakan medium Facebook untuk cari lubang lubang win-win photoshoot. Win-win shoot ni sebenarnya win-win situation antara talent, client and photographer. Ketiga-tiga pihak ni dengan rela hati memberikan khidmat masing-masing untuk mempromosikan diri dan menambah pengalaman. Bagi talent, amatlah penting untuk mempunyai compcard sebagai pengenalan diri untuk mencari job. Dalam comcard tu la digabungkan pengenalan diri kita secara detail tetapi kemas, dan juga gambar kita. 

Macam cikkiah dulu ada menyertai agensi modelling yang membantu talent untuk studio photoshoot dan juga pihak agensi yang hasilkan compcard. Oh berbalik pada medium Facebook tadi, adik-adik boleh la join group Muslimah Modeling atau mana mana group yang dipercayai untuk mencari ruang dan peluang. Dan jangan rasa bosan untuk terus berwin-win photoshoot bersama photographer, mua and client. Sebab itu adalah pengalaman yang boleh ditambah dalam portfolio kita. 

Cikkiah juga percaya yang sekarang rata-rata remaja dah pandai make up sendiri. Model atau talent yang pandai make up akan memudahkan urusan client , mungkin boleh menjimatkan cost untuk hire MUA. Yang penting, bak kata Dato Seri Siti Nurhaliza, attitude kena jaga haha dah macam retis kau. No its actually attitude kita akan menyumbang pada karier kita. Kalau datang shoot lambat, tak ke nanti menjejaskan semua pihak.

Dalam masa yang sama, untuk mempromosikan diri dalam group Modeling pon, ada adab-adabnya. Adabnya adalah sila sertakan compcard anda, jangan post gambar selfie duckface hehe . Kalau tak ada compcard mungkin cara lain adalah post gambar yang nampak keseluruhan badan anda, gambar yang nampak keseluruhan wajah anda. Itu akan membantu pihak klien dalam mencari model/talent yang sesuai.

Cikkiah sertakan sekali gambar cikkiah masa photoshoot dengan ByCottonTales (HijabSeries). Photoshoot ni adalah win-win situation tapi photographer baik haha ada jugak rezeki payment untuk cikkiah. Owner boutique pon seorang yang membantu talent macam cikkiah ni dengan memberi peluang dan tunjuk ajar. 








Terima kasih atas peluang yang diberikan. Elok perangai dulu time study asyik pergi photoshoot alhamdulillah selamat jugak konvo and bekerja sekarang. So All the best adik-adik study jangan tinggal pulak ilmu penting tu hehe ok bye.


PENGALAMAN BERSALIN SECARA NORMAL

Assalamualaikum rakyat jelata, Alhamdulillah lepas hampir setahun lebih tak update blog, hari ni baru ada peluang untuk share pengalaman b...