So kalau anda semua masih ingat entry sebelum ni saya ada post berkaitan senarai semak persediaan menyambut orang baru , kan ? Ok so sekarang sebab da masuk 35 weeks alhamdulillah keperluan semua dah disediakan. Bila kira-kira jumlah perbelanjaan bukan sikit sikit ya nak menimang cahaya mata. Tapi inshaaAllah ada rezeki anak anak. Macam mana kita kumpul duit dan berjaya buat majlis perkahwinan, macam tu jugaklah kita rangka dan laksanakan keperluan untuk bayi kelak.
Kat bawah ni saya dah senaraikan semua keperluan , range harga dan jenama . Kalau tengok jumlah keseluruhan lebih kurang RM 4000, tapi semua tu kumpul sikit sikit memandangkan saya rakyat marhein, malu apa bosskur heheh.Cuma kalau boleh nak beli yang berkualiti terus sebab fikir nak pakai lama, mana tau ada rezeki anak-anak yang akan datang nanti , eh ? So mungkin persediaan masa tu dah berkurang sikit dari segi pengeluaran kos. Dan saya pasti , semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak anaknya. InshaaAllah amin.
Oh lupa nak share, di Malaysia ni kita banyak expo or fair yang melibatkan keperluan barangan bayi. Contohnya :
22ND TCE Baby Expo | 06-08 APR. 2019 | Mid Valley Exhibition Centre
Yang ni memang kaw kaw sale hehe. Oh ya, bakal-bakal ibu boleh survey dulu di website ( https://www.tcebaby.com.my/ ). Kat sini kita boleh rangka or plan bajet kita sebab semua harga dah dipaparkan
Yang lain boleh la usha di Facebook, sebab banyak Baby Fair yang dianjurkan di mall , ataupun survey di Giant or Tesco jugak. Harga memang berbaloi.
No comments:
Post a Comment
(~)