Tuesday, November 5, 2013

Ya Allah,Aku mendambakan cintaMu

Assalamualaikum and Salam Maal Hijrah for those Muslims.
| Keep Calm and Say Alhamdulillah |
Why ? 
Kerana Allah berikan kita peluang untuk merasai tahun baru Islam
Kerana kita diberi peluang bernafas di bumi Allah ini untuk beribadah
Kerana kita masih bernafas sebagai seorang Islam dan berdoa agar kita dimatikan dalam Islam dan Iman
Kerana Allah sayangkan kita,memberi kita peluang untuk menebus segala kekhilafan yang pernah kita lakukan

Hidup bukan diukur dengan waktu ketika kita hidup,tetapi diukur dengan amal ketika kita hidup

Sebelum masuk 1 Muharam,kita digalakkan untuk membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun

DOA AWAL TAHUN
Maksudnya:Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AKHIR TAHUN

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka

Kita juga digalakkan untuk membaca Surah Yaasin sebanyak 3 kali
Jika ada masa kelapangan,lebih elok dan bermanfaat jika kita menyertai ceramah atau tazkirah mengenai Maal Hijrah

****************************************************************
Warkah cinta buat Allah memang indah,tiada apa yang dapat melawan cinta manusia kepada Sang Pencipta
Ya Rabb,Aku tidak meminta cinta manusia,kerana mungkin aku tidak layak untuknya,aku hanya mendambakan cintaMu,yang akan membawaku ke pintu syurga

Salam Sayang ,
Chenta Zakia











No comments:

Post a Comment

(~)

PENGALAMAN BERSALIN SECARA NORMAL

Assalamualaikum rakyat jelata, Alhamdulillah lepas hampir setahun lebih tak update blog, hari ni baru ada peluang untuk share pengalaman b...