Tuesday, April 3, 2012

SOALAN LELAKI YANG PELIK?

بسم الله الرحمن الرحيم
In The Name of Allah,the Most Gracious and The Most Merciful

Hello guys.Dah lama tak meupdate entry since habis exam spm baru ni.and a few days ago,masa CZ pergi buat driving lessons.Then,I met a weird guy that asked me weird questions.What do you think and what you'll answer the questions.Is he trying to trap us?Is he just joking?Or is he totally serious?and CZ rasa macam tengah diinterview time tu.Yela kan,someone yang kita tak pernah kenal,tak pernah tengok batang hidung apatah lagi bulu hidung*yang geli sila PENGSAN*,tiba tiba tanya soalan yang tak masuk dek akal,yang tak menjengah diingatan,apatah lagi di fikiran*ayat memang perasaan power*


First question:
PERINGATAN!!
AYAT INI TELAH DITUKARKAN BAHASA GOMO KELANTAN GOMO MENJADI BAHASA MELAYU:)
1.Cik adik,boleh ke hanya lelaki dan perempuan dalam satu kereta?

Wahai cik abang,*eh silap.Wahai pakcik!Kita sekarang dalam proses pembelajaran dan juga pelajaran bagaimana mahu mendaki bukit,memarkir kereta dan juga memasuki 3 penjuru dengan kemas dan teratur.Niat kita hanya ingin mendapatkan lesen P dan memandu diatas jalan raya dengan selamat.Apabila kita buat sesuatu kerja,mestilah disertakan dengan niat.Dan niat kita adalah satu,LESEN P.

then PAKCIK jawab:
wahai cik adik,dah bernas hujah tu,mana hadisnya?

and what CZ can do?I'm totally speechless:P

2.Wahai cik adik,Al-quran dah habis hafal?

Wahai pakcik,soalan itu agak sensitif pada pandangan CZ.Memang ligat la jugak otak CZ dok pikiaq,adoyai,macam mana aku nak jawab soalan dengan orang yang baru kenal tak sampai 15 minit?*monolog dalaman CZ.Even kalau jumpa bakal mentua pun,memang jarang la kot tanya soalan yang mencabar minda.Tapi wahai pakcik,semua orang ingin membuat kebaikan,dan semua orang ingin menuju kearah kebaikan.Begitu juga dengan CZ.CZ juga sedang berusaha untuk menghafal satu Kalam Allah itu.Dan dengan izin Allah,selagi kita usaha,kejayaan itu milik kita.Tapi haruslah diikuti dengan doa:)

3.Wahai cik adik,kita mana tahu bila kita akan mati,entah entah,lepas buat 3 penjuru lepas ni,saya mati kea?

Wahai pakcik,mengingati mati itu adalah sunat bagi umat Islam.Sama ada dengan cara termenung menggambarkan saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya. Mengingati mati adalah berbeza dengan bercita-cita untuk mati. Seseorang yang bercita-cita untuk mati disebabkan kesusahan hidup, ditinggalkan pasangan, tidak sabar dengan apa jua penderitaan yang ditanggung dan sifat putus asa adalah bukan sifat seorang muslim. Perkara ini amat ditegah oleh syarak yakni haram.

Namun begitu memohon untuk dipendekkan umur dengaan kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarkannya adalah diharuskan.

Antara doa yang bermaksud:
"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan ini memberi kebaikan kepada aku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu memberi kebaikan kepada aku."

Jadi,buat pakcik,kadang kadang,perkataan kematian itu,kita tidak boleh menganggap sebagai satu gurauan ,atau hanya untuk mengindahkan ayat.Kerana kata kata itu adalah doa.

   Wassalam:)














No comments:

Post a Comment

(~)

PENGALAMAN BERSALIN SECARA NORMAL

Assalamualaikum rakyat jelata, Alhamdulillah lepas hampir setahun lebih tak update blog, hari ni baru ada peluang untuk share pengalaman b...