Monday, October 15, 2018

CHECKLIST UNTUK BAKAL-BAKAL IBU

Assalamualaikum,

Makin hari makin aktif pulak cikkiah update entry. Maybe sebab banyak pengalaman dan jugak perkara untuk dikongsi, dan yang paling penting sebab cikkiah jadikan blog sebagai diari dan rujukan. Senang nak rujuk kalau ada perkara yang penting. Entry ni adalah untuk ibu-ibu hamil yang bakal menjadi ibu. Alhamdulillah ketika entry ni ditulis, usia kandungan cikkiah baru masuk 18 minggu. Doakan kesihatan kandungan cikkiah ya. Semoga sayang mama terus sihat dan kuat.

Penulisan cikkiah hari ni sedikit sebanyak dicedok dari entry Pn Damia Balqis (Link : http://damia-balqis.blogspot.com/) dan juga blog Anggun (Link : http://shafyleana.blogspot.com/) hehe kena kasi credit sebab cikkiah memang tak ada pengalaman dalam persiapan menyambut bayi. Ni pengalaman pertama. Jadi, jom kita tengok apa persiapan yang perlu dibuat.

Berdasarkan perbualan cikkiah bersama bakal bakal ibu, mostly persiapan dibuat 7-8 bulan usia kandungan. Tapi bergantung pada bajet ibu dan ayah bayi berkenaan, sebab bila disemak balik keperluan, semua memerlukan bajet untuk beli keperluan tersebut. Jadi terpulang pada hak masing masing untuk beli sikit sikit atau beli on one shot sekaligus terus. Persediaan juga bergantung pada keadaan ibu bayi berkenaan, tengok larat ke tak masa 7-8 bulan tu. Cikkiah dengar pengalaman orang time tu kaki dah bengkak and tak larat untuk banyak berjalan. Sedangkan cikkiah yang baru nak menjangkau 5 Bulan ni pon da selalu sakit belakang. Jalan sikit dah mengah hehe.

Ok jom semak apa keperluan yang perlu disediakan :


Keperluan Baby (Pakaian)
  1. Bakul pakaian 
  2. Baju siang (seluar pendek) 
  3. Baju malam (seluar panjang) 
  4. Rompers
  5.  Mitten & Booties 
  6. Topi 
  7. Baby Bip
  8. Barut 
  9. Bedung/Swaddle
Diapering
  1.  Napkin 
  2. Baby Pin
  3. Pampers 
  4. Wet tissue 
  5. Changing mat 
  6. Nappy liner 
  7. Bakul baju kotor
  8. Detergent khas cuci baju baby 
  9. Botol sembur air 

Baby Care & Grooming
  1. Tab mandi
  2. Baby bath
  3. Baby Shampoo 
  4. Baby Powder 
  5.  Baby lotion
  6. Tuala Mandi 
  7. Tuala Muka
  8. Minyak Telon 
  9. Vicks 
  10. Nappy rash cream 
  11. Methylated Spirit (alcohol swab) 
  12. Pengepit kuku 
  13. Sikat
  14. Gunting kecik
  15. Nasal Aspirator 
  16. Termometer 
  17. Toothbrush 
  18. Cotton bud
  19. Cotton ball
Barangan Breastfeeding
  1.  Botol susu 
  2. Puting 
  3. Berus pencuci botol 
  4. Penyepit botol 
  5. Sterilising tablet 
  6. Cecair pencuci botol 
  7. Breast pump set 
  8. Cooler bag set 
  9. Warmer 
  10. Milk storage 
  11. Nursing cover 
  12. Nursing Bra
  13. Nursing pad washable 
  14. Termos 
Keperluan Tidur Baby
  1. Set tilam 
  2. Comforter 
  3. Kelambu 
  4. Baby cot 
Barang Keperluan Selepas Bersalin
  1. Set bersalin
  2. Bengkung 
  3. Baju sejuk
  4. Tungku 
  5. Selipar 
  6. Kain batik 
  7. Maternity pad 
  8. Stokin
  9. Minyak urut 
Keperluan Lain
  1. Stroller
  2. Car seat 
  3. Baby carrier
  4. Diapers bag 
Beg Hospital
  1. Buku Pink - sentiasa dalam beg
  2. Kad pengenalan
  3. Telefon bimbit
  4. Charger
  5. Baju / T-shirt - 2 pasang
  6. Skirt - 1 pasang
  7. Tudung
  8. Stokin
  9. Bra / Seluar dalam - 2 pasang
  10. Tuala mandi 
  11. Berus gigi
  12. Serum
  13. Bedak
  14. Sikat
  15. Maternity pad
  16. Breast pad
  17. Baju sejuk
  18. Selipar
  19. Beg baju kotor
  20. Minyak angin
  21. Getah rambut
  22. Disposable panties - Done 1 set
  23. Cream stretch mark
Bakul Hospital
  1. Air selusuh. Mama dah buat
  2. Air zam zam
  3. Makanan / Minumam (biskut,roti,milo supaya tak lapar)
  4. Termos air panas
  5. Al-Quran
  6. Tisu
Beg Hospital Baby

  1. Pampers 
  2. Baju siang / malam
  3. Mitten / booties
  4. Bedung
  5. Barut
  6. Topi
  7. Tuala mandi bayi
  8. Baby wipes
  9. Baby bath
  10. Baby shampoo
  11. Baby lotion
  12. Baby powder
  13. Minyak telon
  14. Vicks
  15. Nappy cream
Fuhh nak copy pon banyak inikan nak taip hehe. So inilah senarai semak yang bakal ibu kena take note dan yang paling penting, cikkiah pon kena google sebab ada beberapa perkara and barang yang cikkiah taktau hehe. Next entry inshaaAllah akan update lokasi kedai yang selalu ibu ibu ni singgah and serbu. 

Stay tuned .


No comments:

Post a Comment

(~)

PENGALAMAN BERSALIN SECARA NORMAL

Assalamualaikum rakyat jelata, Alhamdulillah lepas hampir setahun lebih tak update blog, hari ni baru ada peluang untuk share pengalaman b...